WEB BLOG
this site the web

Pengisytiharan Penubuhan Malaysia 1963 (HIDS)


Hari Ini dalam Sejarah




 


Pada hari ini dalam tahun 1963, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Gagasan penubuhan Malaysia dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman semasa berucap kepada Persatuan Wartawan Asing dalam persidangan ‘Foreign Correspondent Association of Southeast Asia’ di Singapura pada 27 Mei 1961.

Penubuhan Malaysia dijadualkan pada 31 Ogos 1963  setelah perjanjian di antara wakil daripada Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Namun tarikh tersebut ditunda setelah mendapat tentangan daripada Filipina dan Indonesia. 

Pada 31 Julai 1963, persetujuan dicapai oleh Malaya, Filipina dan Indonesia bahawa Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant atau wakil perlu meninjau sokongan daripada rakyat di negeri-negeri Borneo. Wakil Bangsa-Bangsa Bersatu selesai menjalankan tugas mereka pada 14 September 1963. Oleh itu, pengisytiharan Malaysia tidak dapat dilaksanakan pada 31 Ogos 1963, sebaliknya diisytiharkan pada 16 September 1963.  

Sehubungan itu,  pada 29 Ogos 1963, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail menandatangani pengisytiharan menetapkan Hari Malaysia iaitu pada 16 September 1963. Sesungguhnya, pengisytiharan pembentukan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1963 bukan sahaja telah memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak daripada British tetapi juga menunjukkan kelahiran sebuah negara baru di dunia.

0 comments:

Post a Comment

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies